Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,
PERKARA : ADUAN GANGGUAN BUNYI BISING ORANG ASING BERKARAOKE !
Merujuk perkara di atas, saya, XXXXX (no I/C : 721213-14-XXXX) ingin mengadu kewujudan sebuah restoran telah mengakibatkan masalah gangguan bunyi bising berlebihan, keselamatan dan gejala sosial di kawasan TAMAN SEMENYIH RIA, SEMENYIH SELANGOR.Restoran tersebut dipercayai diuruskan oleh warga asing yang tidak mempunyai lesen yang sah dan didirikan atas tanah kerajaan.Aduan tentang masalah ini pernah disiarkan didalam surat khabar METRO dan pernah diarahkan tutup oleh MPKJ.Tetapi hanya beberapa bulan sahaja kemudian restoran tersebut beroperasi semula.Ini menunjukkan mereka seolah-olah kebal dan tidak menghiraukan arahan daripada MPKJ.
Kami juga turut mengambil pelbagai langkah termasuk membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) namun masalah berkenaan sehingga kini masih belum diselesaikan.
Disini saya dapat lihat bahawa mereka cuba mencabar penduduk disitu, ataupun ada orang dalam dari pihak berkuasa yang bersubahat mengusahakan restoran ini. Persoalan berapakah bunyi sound system yang boleh dipasang di tempat terbuka dan berdekatan dengan rumah.Siapakah yang meluluskan permit dan kawalan bunyi yang diperlukan dalam sesuatu karaoke terbuka di tempat awam.Bunyi-bunyi yang merbahaya kepada pendengaran manusia perlu dibendung bersama.
Kami meminta supaya restoran tersebut ditutup atau dipindahkan ke kawasan lain kerana ia beroperasi terlalu hampir dengan kediaman sehingga menjejaskan kehidupan kami.
Ekoran masalah terhimpit ini, kami penduduk telah mengalami ketidakselesaan di tahap maksima.
''Sampai satu tahap, saya dan keluarga melalui satu tekanan yang hebat akibat hidup dalam kebisingan menjelang waktu malam hingga esok, ''
Saya berharap pihak yang berkenaan akan memastikan masalah restoran ini akan ditangani secara serius dan berharap ia akan ditutup jika beroperasi secara haram.
Justeru, saya menyeru dato'/datin/tuan/puan/encik/cik supaya segera menyelesaikan masalah kami ini kerana dato'/datin/tuan/puan/encik/cik adalah hamba Allah dan khalifah di muka bumi.
Segala kerjasama dato'/datin/tuan/puan/encik/cik amat saya hargai tetapi saya tak mampu balas. Hanya Dia yang dapat memberi sebaik-baik balasan.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat untuk Allah, rasul-Nya dan deen-Nya"
Yang terhimpit,
Hamba ALLAH
Wallahualam...